Jangan Gaduh2, x baik tau.. :)
Bismillahirrahmaanirrahim
Anak-anak kecil khusunya, janganlah kamu bergaduh dihadapan mereka, dan janganlah kamu meninggikan suara, kerana anak-anak pada peringkat ini dalam keadaan takut.
Bahkan mereka menyangka setiap perbalahan diantara kedua ibu bapa mereka akan berakhir dengan penceraian, bergaduh dihadapan anak-anak sebenarnya akan memberi kesan negetif kepada pembesaran mereka.
Para ulama ilmu Nafs menganggarkan kesan daripada pergaduhan yang berterusan dihadapan anak-anak akan memberi impak negetif kepada mereka sehingga mereka besar, antara kesannya ialah kebencian mereka kepada perkahwinan, takut mengenainya, takut berulang kepada dirinya jika dia berkahwin, kerana pemikiran seperti itu sudah ditanam sedari kecil lagi.
Jadi apakah yang perlu dilakukan oleh sepasang suami isteri dalam soal ini?
Perbalahan, perselisihan dsb adalah satu lumrah dalam kehidupan berumahtangga, pepatah melayu ada menyebut “ sedangkan lidah lagi tergigit” apalagi suami isterikan, Cuma bagaimana kita menghadapinya, itu sangat penting.
Hendaklah kita faham perbalahan yang berterusan akan memberi kesan buruk, oleh itu kita harus berada dalam keadaan yang terkawal, jauh dari meninggikan suara, caci maki, dan yang seumpama dengan nya.
Boleh juga jika perbalahan hampir tercetus anda berdua masuk ke bilik, selesaikan di dalam bilik, bukan dihadapan anak-anak, yang penting jagalah suara.
Wajib bagi setiap pasangan menjauhi dari mempengaruhi anak-anak yang ayah mereka telah menzalimi ibu mereka, begitu juga sebaliknya, ini adalah satu perbuatan yang amat buruk, kerana ianya akan menghilangkan rasa hormat anak-anak kepada ayah atau ibu mereka.
Seorang isteri wajib memahamkan kedudukan suami mereka kepada anak-anak, seorang ayah wajib dihormati, disanjungi, sesuai dengan kedudukan nya, seorang ayah pula perlu memahamkan anak-anaknya yang ibu mereka wajib disayangi, juga dihormati dsb.
Pasangan yang jahil tidak menghiraukan perkara ini, mereka bergaduh, meninggikan suara, mencaci, sehingga mendatangkan suasana yang tidak selesa di dalam rumah, kesan yang amat buruk bakal menimpa anak-anak di atas kelakuan jahil mereka ini, wanauzubillah min zalik.
Wassalam
________________________________________________
Kadangkala pergaduhan, tidaksefahaman dalam rumah tangga yang dibina oleh kedua ibubapa akan mengundang kesedihan dan kedukaan kepada mereka yang mengalaminya, Ada ibubapa yang bercakaran, bergaduh dengan membaling pinggan mangkuk, cawan , periuk belanga, tong gas siap dengan kata – kata cacian dan makian di depan anak – anak tanpa segan silu dan rasa malu.
Apabila kedua ibubapa bergaduh dihadapan anak – anak, dan sesetengah anak – anak ini sedang meningkat remaja, sedikit sebanyak akan memberi kesan yang negetif pada anak – anak tersebut, ada yang akan mengalami tekanan jiwa dan ada juga yang akan memberi kesan kepada kepada pelajaran, dimana masalah dalam rumah boleh menyebabkan pelajaran anak – anak merosot apabila terlalu memikir tentangnya.
Jadi kepada ibu bapa kalau ada sesuatu yang tidak menyenangkan , boleh mendatangkan pergaduhan dan kemarahan apa kata lakukan dengan pembincangan dengan baik, nyatakan ketidakpuasan hati tersebut, tapi sekiranya dah tak terbendung masuk kedalam bilik lakukan perbincangan, jangan bertengkar dihadapan anak – anak. Takut – takut anak – anak akan menerima kesan sampingan pula nanti.
Disamping itu hubungan adik beradik juga penting dalam kehidupan kita, bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus, begitulah hakikat betapa akrabnya hubungan adik – beradik ni. Kira kita beruntung sekiranya kita ada abang, kakak atau adik – adik yang memahami dan boleh berkongsi cerita, untuk menceritakan masalah, bertanya pendapat dan berkongsi kegembiraan. Perkara begini boleh membuatkan kita rasa bahagia dan dihargai apabila hidup kita ini mempunyai dan adanya orang yang boleh dipercayai di sisi kita.
Tapi itu kalau kita mempunyai adik beradik yang mengambil berat, baik dan bertimbang rasa tapi macamana dengan mereka yang mempunyai adik beradik yang sering menimbulkan masalah? kadang ada yang cemburu, ada yang suka bergaduh sampai berdarah – darah, ada yang suka menimbulkan masalah dan macam – macam lagi. Sudah pastinya ianya juga boleh mendatangkan kesan yang membimbang dan memeningkan kepala. Bagaimana pula halnya dengan Anak tunggal? Bagaimana nak meluahkan perasaan untuk mengadu hal? Kalau dibiar sahaja nanti merana diri…
Oleh itu bagi mereka yang mempunyai masalah dan Anak tunggal tapi tak tahu nak bercerita tentang masalah pada sesiapa apa kata mulakan mengadu kepada keluarga terdekat seperti makcik atau sepupu, paling tidak pun kepada rakan – rakan yang dipercayai, supaya dapat melepaskan apa yang terbuku dihati…..
No comments:
Post a Comment