Thursday 19 April 2012

~~~BUKAN SUSAH PUN NAK SOLAT~~~



















Assalamualaikum...
Hakikatnya, hanya Allah saja yang mampu menggerakkan seseorang hamba-Nya yang dikehendaki untuk menunaikan kewajipan solat.... Tapi, bila Allah menurunkan sesuatu perintah kepada hamba-hambaNya, tidak ada satu pun perintah yang membebankan hamba-hambaNya... Semuanya mudah, tidak membebankan, tidak menyusahkan, dan tidak minta pun manusia beribadah untuk kepentingan diri-Nya, tetapi ia menguntungkan diri hambaNya sendiri...
Maka, rajin-rajinlah menjaga solat, terutamanya solat Subuh dan Asar (sebab waktu nie paling liat orang nak mengerjakan solat!).

Kartun ini untuk mereka-mereka yang liat sangat untuk meluangkan masa hanya 6 minit untuk mengadap Allah.
6 minit x 5 waktu sehari semalam, hanya 30 minit saja yang diambil daripada 24 jam yang diberi kepada kita setiap hari. Hanya 30 minit sahaja yang Allah minta untuk menghadapNya setiap hari... Kenapa kita boleh tengok tv berjam-jam, berjoging 1 jam petang-petang, boleh outing dengan kawan-kawan berjalan satu KL tanpa rasa penat pun, tapi masa untuk Allah, takkan takde kot?

Ahhaa... Renung-renungkan dan selamat beramal~

Jazakallah.. ^^

Sunday 15 April 2012

KALIMAH YANG PALING BAIK ADALAH 'MAAF'

~MAAF~
















ALLAH tidak memandang siapa yang memulakan pergaduhan atau sebagainya.. tetapi..
ALLAH hanya memandang siapa yang memulakan meminta 'MAAF' ..











~DOA NABI ISA MOHON REZEKI~

~MOHON REZEKI~










Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.