SYARAT-PERATURAN

 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

(Dilarang menggunakan tuala yang disediakan sebagai pengelap kaki. Hanya untuk kegunaan mengelap tubuh)

Sila pastikan setiap barangan anda tidak tertinggal di homestay semasa check out. Harap segala barangan anda yang tertinggal dapat dihalalkan dan menjadi tanggungjawab pihak homestay untuk memanfaatkannya jika berguna dan akan dilupuskan jika tidak perlu. Sekian, harap maklum. Terima kasih dan semoga berjumpa lagi, In Shaa Allah.


...(Peringatan/Panduan)

Para tetamu/penginap diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut :-
  1. Hanya tetamu MUSLIM yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram sahaja dibenarkan menginap (KECUALI HAL-HAL MUDARAT/KECEMASAN YANG BERKAITAN MELALUI PERUNDINGAN ~ dengan menyewa bilik2 berasingan di atas rasa tanggungjawab & beban sendiri/masing-masing berdasarkan hukum-hukum syarak...).
  2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke rumah.
  3. Minuman keras/alkohol atau bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti senjata api, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
  4. Menjaga Kebersihan di dalam dan di luar rumah. Sila buang sampah/sisa ke dalam bakul atau tong sampah yang disediakan.
  5. Sila cuci atau basuh dan kembalikan ke tempat asal semua peralatan pinggan-mangkuk yang telah anda gunakan.
  6. Sila jemur tuala atau pakaian basah di ampaian yang disediakan di hadapan rumah kediaman.
  7. Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.
  8. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dengan tidak mengganggu lalu lintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran.
  9. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan ini. Elakkan daripada membuat bising di larut malam.
  10. Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah. Pastikan pintu, gril dan pagar dikunci, samada ketika anda sedang berada di rumah, mahupun apabila anda meninggalkan rumah walaupun untuk seketika. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kejadian atau kehilangan barang berharga semasa anda menginap di sini.
  11. Bilik air ~ Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang disediakan.
  12. Laporkan sebarang kerosakan/kejadian tidak diduga yang berlaku. Wang cengkeram (sekiranya ada) anda mungkin dikira sebagai gantirugi/pampasan ke atas kerosakan/kejadian tersebut yang berlaku akibat kecuaian/kelalaian anda.
  13. Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam premis, sila letakkan dan susun kembali di tempat asal sebelum anda check-out.


Sila tinggalkan premis ini dengan persekitaran/kualiti kebersihan bersama seperti semasa anda mula memasukinya (jika tidak menjadi kesulitan).






~ TERIMA KASIH ~
...Keselesaan & Kepuasan Anda Adalah Diutamakan...
^^ Selamat Mengeratkan Silaturrahim ^^


"SEMOGA ANDA BERGEMBIRA KETIKA ANDA BERADA DI HOMESTAY NUR HIDAYAH, JOHOR BAHRU" 

  

* Nota :-

"PEAK HOURS/TIME"
~ Bermaksud majlis/keraian/pendaftaran/percutian umum yang berkaitan di negeri Johor & Malaysia.
~ Sebagai contoh : Cuti Penggal Sekolah, Sessi Pendaftaran Kemasukan Pelajar IPTA/IPTS, Majlis
   Konvokesyen di IPTA/IPTS, Cuti Hari Merdeka dll...